p/s: apa yang saya tulis ni adalah untuk tahun saya (2019), jadi sebarang ketidaksamaan dengan korang punya cara pemilihan bagi tahun korang mungkin tak sama. Boleh berubah. Maybe. I dont know. Boleh guna sebagai gambaran hari kejadian.
Ok. Hai hai hai.
Kepada kalian yang ingin menjadi guru, cikgu, teacher, معلم...haaa huhu...banyak sebenarnya cara dia dan...salah satu mediumnya adalah melalui Institut Pengajian Guru (IPG). Tapii, huhu nak masuk sini bukan masuk sekadar masuk, mohon sekadar mohon...tapi ada la dia punya peringkat saringan dia. Haaaa...kena bersainglah maksudnya. Jadi, di sini saja lah nak kongsi. Hew hew. IPG ni khusus untuk jadi cikgu sekolah rendah je tau. Untuk yang mohon boleh semak korang dapat tawaran atau tak dekat web dia.
Jadi, first and foremost,
Saya ingin memceritakan pengalaman saya pergi ke UJIAN BERTULIS UKCG ambilan 2019. Jadi, macam mana suasana dia?
nak buat apa kat situ?
apa bentuk soalan dia?
Haaa...macam saya, saya buat UJIAN BERTULIS UKCG ni di IPGK Pendidikan Islam Bangi pada 9/4/2019 sesi ke-2 pukul 9.45 pagi hingga 10.30 pagi hari selasa. Macam mana nak tahu bila kita buat ujian ni? Masa korang semak tawaran dapat ke tak dekat web dia tu, nanti dia akan bagitahu la kat tawaran tu bila. Haaa ok. Jadi, dah tahu tarikh dan hari, kita pun prepare la apa yang patut. Cuba cari soalan yang berkaitan dekat internet, tanya kawan, senior, baca blog. Prepare awal-awal baju apa nak pakai, kasut apa, apa-apa yang perlu cetak, perlu bawak (etc ic dan sijil lahir). Jangan tertinggal barang. Contoh, pensel, pemadam, pen dll. Biasanya pakaian untuk ujian bertulis ni pakaian formal. Lelaki, kemeja dan seluar slack, perempuan, baju kurung atau pakaian yang sopan la. Nanti dia akan beritahu dress code macam mana dekat surat tawaran kita tu. Haa pakai macam tu.
Jadi, hari kejadian kita tak kalut. Ok. Macam mana suasana dia? Hmm. Sebab saya sesi ke-2, saya masuk je pintu pagar kampus tu, serius banyak gila kereta. Full! So, cari la parking. Nasib ada lagi. Saya datang dengan my mother. Muahhh. Hihi. Ok. Turun dari kereta, kita pun pergi la ke tempat pendaftaran dekat koridor luar dewan. Serius ramai gila orang (calon n parents). Sebelum daftar, ada pensyarah tu suruh semak nama dekat senarai yang dia tampal dan lepas tu baru daftar. Beratur la panjang-panjang untuk daftar. Masa daftar ni kena tunjuk surat tawaran kita, ic, slip kemasukan. Haa. Jangan tak bawak pulak. Lepas tu, tunggulah sampai pensyarah tu panggil untuk sesi kita. Kita kena datang awal untuk ujian ni atau apa-apa temuduga la supaya tak kalut.
Then, pensyarah pun panggil untuk sesi ke-2. Saya pun masuk la ke dewan A. Ada dewan A dan dewan B. Ni, masa saya punya ujian la. Korang jangan salah masuk dewan pulak. Ok. Beg letak kat mana? Pensyarah yang jaga kami tu suruh letak beg kat belakang dewan. Hanya bawak ic, slip kemasukan, surat tawaran, pensel dan pemadam sahaja! Dewan dia macam dewan kuliah. Masa jawab adalah 45 minit sahaja. Ada dua bahagian. Bahagian A (30 minit) dan bahagian B (15 minit). Bahagian A merangkumi 120 soalan dengan pilihan jawapan A dan B manakala bahagian B merangkumi 60 soalan dengan empat pilihan jawapan. Ni format untuk tahun saya la. Jadi, jawab lah elok-elok dengan setulus hati, jujur dengan niat untuk menjadi guru. Ye. Jangan jadi macam saya.
Tips nak jawab, tajam kan la pensel 2B korang tu setajam-tajamnya supaya senang nak hitamkan nanti. Huhu. Jangan jadi macam saya, lama weh nak hitamkan sampai terkeluar-keluar kotak kecik tu. Kedua, jawab secara spontan je apa yang korang rasa. Sebab masa pun singkat. Payah la nak fikir mendalam sangat. Haaa. Dah habis tu, boleh la balik, pulang ke rumah. Dan selesai la. Kita doa dan tawakkal saja la. Moga-moga korang berjaya untuk ke tawaran seterusnya~!
Tahun saya, ujian bertulis dulu, lepas tu kalau lepas ujian bertulis baru dia panggil untuk ujian fizikal dan temuduga yang diadakan pada hari yang sama. Lepas tu, ada rezeki lepas, baru dipanggil untuk kemasukan ipg :) Goodluck!
p/s: jangan tanya! sebab saya tak tahu sangat. hihi. Sorry kalau ada info yang salah ye. Ini hanyalah pengalaman saya. kbye.
No comments:
Post a Comment