Travelblog: Ada apa di LABUAN?

Image result for labuan


Tinggi tinggi gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu

Umm..huhu..tak tau orang tulis blog macam mana tapi nak share jugak..sebab..Sabah best gilaaa. Srs talk. Korang yang tak pergi lagi boleh la pergi kalau ada kesempatan. Kita semua tahu yang Sabah Sarawak memang famous dengan pelancong sebab tarikan yang diorang ada. Memang best!

So, saya pergi lima hari empat malam kat Sabah and Labuan. Satu family kitorang gerak dengan family mak long lima orang. So, total kitorang 10 orang la. Proceed, ...

Hari pertama, gerak dari rumah pukul 3 pagi sebab flight pukul 6.45 pagi. Kitorang pergi KLIA2 naik kereta and park kereta dekat MovenPick TH. Sampai dekat KLIA2 lepas tu check-in, duduk2, makan, solat and then naik la flight. Kitorang naik flight ke Labuan. Kenapa Labuan? Sebab ayah kata flight ke Labuan murah sikit. Huhu..nak jimat. Alaa Labuan dengan Sabah kan macam dekat je, so why not? Sampai Labuan dalam pukul 10.30 pagi cam tu la. Lepas tu, kitorang tempah dua kereta sewa untuk sehari setengah. Kitorang menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Labuan. Rumah tu srs besar gilaa. Sebelum check-in rumah, kitorang pergi la makan dekat bandar dia. Susah jugak nak cari makan sebab kena tengok makanan dia okay ke tak. Lepas tu, memandangkan hari tu hari jumaat, kaum lelaki pun pergi la solat jumaat dekat masjid bandar tu. Nama masjid tu masjid An-Nur. Kaum hawa pulak pergi la shopping and beli barang dapur dekat satu tempat ni, nama dia Ujana Kewangan. Ada Giant, ada banyak kedai kecik2 dalam bangunan. Ada kedai coklat free duty jugak. Tapi kena tengok jugak sbb kebanyakan coklat tu takde tanda halal. Habis beli barang, kitorang gerak balik rumah penginapan dekat dengan tempat tentera yang ada dlm cerita Paskal tu. Kitorang pun buatla house tour kat rumah tu, hahahaha sebab besar do srs. Petang tu, kitorang jalan2 dekat sekitar situ la, kitorang pergi Muzium Chimney, tarikan di Labuan. Tempat tu srs lawa kalau nak amik gambar. Boleh la pergi. Dekat dengan kem tentera tu ada War Memorial Cemetary. Boleh pergi jugak. Tu jela tempat yang kitorang pergi utk first day. Malam kitorang rest2 je and makan! 


Image result for masjid labuan
Masjid An-Nur. Bentuk dia macam peluru.
Related image
Labuan War Memorial Cemetary. Tempat ni besar.



Image result for chimney labuan
Muzium Chimney. Lawa kan.
Image result for ujana kewangan labuan
Ujana Kewangan. Ada banyak kedai boleh shopping.

Huhu..ni baru first day. Dah penat dah nak tulis. Ok la nanti kita sambung yee. Untuk yang nak melawat Labuan, di atas ni antara tarikan yang boleh pergi. Ada banyak lagi sebenarnya. Korang check la kat mana2 laman web. Sampai airport Labuan korang boleh amik brochure dia. Ada peta sekali beb. Boleh pergi. 

p/s : credit gambar-gambar to this website,

PerbadananLabuan





No comments:

Post a Comment