DAILY DEGREE Ep 1: Terpecahkan kaca makmal

 Welcome to new series of me ranting about my unusual or interesting stories along my degree life!πŸ‚

So, this is the first episode of my unusual story. I never ever ever ever imagine I will do this which is PECAHKAN KACA MAKMAL!😭

Aku ambil degree Kimia Industri, yang memang akan banyak masuk lab untuk buat eksperimen-eksperimen kimia dan memang akan banyak guna barang yang berkaca. Cerita dia, lepas kitorang siap buat eksperimen, kitorang kena basuh dan kemas balik alatan-alatan yang kitorang guna. Masa tengah ralit basuh tu, terdengar bunyi pecah. Aku blur. Aku tengok sekeliling mana datang bunyi pecah tu, bila tengok sebelah, rupanya aku yang pecahkan huhuhu. Aku tak perasan aku tertolak radas tu masa aku tengah basuh which is funnel (dia macam corong nak letak air tu, tapi kecik je funnel tu dan dia kaca). Perasaan masa tu satu je, MALU! Malunya hanya aku dan Tuhan je tahuπŸ˜– sebab masa tu semua orang pandang. Aku malu dan takut sebab orang kata pembantu makmal tu garang hshshs huhu. Lepas tu, aku kutip je kaca-kaca yang pecah tu guna tangan sebab aku terkejut dan tak tahu nak kena buat apa masa tu. Tapi, thanks sangat-sangat to Iffah yang tolong aku kutip kaca tu, thank you Iffah! Dan terima kasih jugak kat Danial sebab prihatin huhu. 

Lepas siap kemas alat radas dan kaca-kaca yang pecah tu, pembantu makmal tu panggil. Nightmare! sebab ingat diorang nak marah. Tapi, nasib tak. Pembantu makmal tu suruh tulis nama dekat buku rekod barang rosak. Dia tak perlu bayar ganti rugi pun sebab benda macam ni kira normal la berkalu dalam makmal kimia. Tapi, rasa bersalah dan malu tu memang besar ye semua☝ Serius, aku tak boleh lupa benda ni dan aku rasa setiap kali aku masuk makmal, aku akan teringat huhu.

So, mungkin ada orang yang baca ni, boleh la ambil pengajaran haha, hati-hati dengan alat radas dalam makmal sebab memang kebanyakannya kaca dan mudah pecah. Not a good memories of mine but will be an unforgettable memories and of course not gonna repeat hshshs.

End of episode 1. Episode 2 don't know when haha.


Belajar di Tamhidi Usim

Bismillahirrahmanirrahim.

Hai & Assalamualaikum.

Okay sebelum nak masuk degree ni, apa kata kita kongsi tentang tamhidi. Ada yang dapat tamhidi ke tu? Iman adalah pelajar tamhidi kemasukan 2019/2020. Jemput baca awak-awak semuaa. Ada ke orang baca ni haha

PENGENALAN

Jadi, buat yang tak tahu apa itu tamhidi, secara mudahnya, tamhidi ni adalah perkataan arab, kalau kita translate melayu, maksudnya asas, sort of. Jadi, tamhidi adalah asasi! Sama je macam asasi  universiti lain dan matrikulasi sebenarnya. Tempoh masa pembelajaran adalah satu tahun. Kursus yang ditawarkan untuk kemasukan tamhidi batch Iman ni ada lima, iaitu;

1. Tamhidi Perubatan
2. Tamhidi Pergigian
3. Tamhidi Sains dan Teknologi
4. Tamhidi Perakaunan dan Muamalat
5. Tamhidi Syariah dan Undang-Undang

*Tapi untuk kemasukan baru ni, kursus tamhidi ada perubahan sikit. Untuk yang ini, korang boleh rujuk laman web dia okiee*

Tamhidi ni dekat universiti mana? Untuk yang tak tahu, kursus tamhidi terdapat di kampus induk Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan. Untuk yang tak tahu jugak, USIM ni IPTA tauu. Syarat kemasukan ke tamhidi USIM, kita kena ambil subjek Bahasa Arab dan subjek agama semasa SPM.

Untuk Iman, Iman ambil kursus Tamhidi Sains & Teknologi! Jadi, jom kita cerita pulak tentang belajar apa kat sini okayyy

SUBJEK

Disebabkan Iman ambil kursus Sains & Teknologi, jadi, Iman boleh terang details untuk kursus ni je tau. Pertama sekali, apa beza Tamhidi Perubatan, Tamhidi Pergigian dan Tamhidi Sains & Teknologi?  Jawapannya, yang berbeza hanyalah syarat kemasukan. Tapi, subjek semua tu, sama je sebenarnya. Kami belajar benda yang sama hehe. Belajar apa tu? Haa meh sini nak cerita.

*Ni subjek masa intake Iman tau, tak tahu la kalau ada perubahan kan, tapi boleh baca sebagai rujukan*

Di tamhidi ada dua semester, ye lah sebab setahun je kan. Ok ni subjek untuk Tamhidi Sains.

SEMESTER I

Biologi I
Kimia I
Fizik I
Matematik I
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Al-Quran dan As-Sunnah

SEMESTER II

Biologi II
Kimia II
Fizik II
Matematik II
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
ICT Skill

Ok sekarang kita cerita satu-satu. 

Untuk subjek-subjek Sains, Iman boleh simpulkan yang ada topik-topik yang korang dah belajar masa SPM dulu, cuma lagi mendalam sikit la korang belajar masa di tamhidi nanti. Ada jugak topik-topik baru yang korang belum pernah belajar lagi. Sebenarnya, apa yang Iman belajar untuk subjek Sains di tamhidi ni, tak jauh pun apa yang kawan-kawan di asasi lain dan matriks belajar. Jadi, katakan korang tak faham, korang boleh je cuba tanya kawan-kawan korang di tempat lain hehe. Oh ya, untuk subjek sains, akan belajar dalam makmal jugak untuk buat eksperimen.

Untuk subjek Bahasa Inggeris pulak, semasa semester I, Iman belajar subjek ni untuk persediaan Malaysia University English Test (MUET) di penghujung semester I nanti. Basically, belajar cara untuk jawab MUET la. Contohnya, format MUET, cara jawab, latihan untuk MUET, praktis, banyaklah. MUET ni adalah syarat untuk kita masuk degree nanti. Semester II pulak, belajar macam biasa je. Tapi, masih ada peperiksaan akhir nanti. Cuma, sepanjang semester II, akan ada banyak kerja berkumpulan dan individu seperti Roleplay, buat product, interview, speech.

Untuk subjek Bahasa Arab, Iman belajar lebih kurang macam kat sekolah dulu. Ada belajar baca teks arab, translate petikan, bina ayat dan semestinya belajar qawaid, nahu apa semua tu la. Apa yang menarik, subjek Bahasa Arab takde peperiksaan akhir. Tapi, sepanjang semester tu, ada banyak la pembentangan, buat video bercakap dalam bahasa arab, berlakon, ujian lisan. 

Untuk subjek Quran Sunah pulak, ada semasa semester I sahaja. Untuk subjek ni, akan belajar dalam dewan kuliah. Iman belajar tentang ayat-ayat Quran dan ada hadis dan akan kaitkan dengan sains jugak. Yang mana Iman rasa sangat bagus dan menarik. Ustaz yang ajar kuliah Iman subjek ni pun best gilerr.

Untuk subjek ICT Skill pulak, ada semasa semester II sahaja. Untuk subjek ni, Iman belajar tentang kemahiran asas microsoft. Contohnya, belajar guna Microsoft Word, Powerpoint, Excel, Access dan asas HTML. Bagi Iman, subjek ni best la jugak. Subjek ni ada banyak kerja kursus nanti seperti buat poster dan animation. 

KELAS

Ok sekarang kita belajar macam mana pulak kan? Pelajar tamhidi akan belajar di Pusat tamhidi yang terletak di dalam kampus USIM di Nilai. Jadi, kiranya Pusat Tamhidi ni macam fakulti bagi pelajar tamhidi. Pusat Tamhidi ni bangunan utama, tapi, kita akan guna jugak bangunan sebelah dia, iaitu MPG yang menyediakan makmal sains dan makmal komputer untuk pelajar tamhidi serta bangunan FKP, guna dewan kuliah dia je. Di Pusat Tamhidi ni lah terdapatnya dewan kuliah, bilik tutorial, bilik pensyarah, makmal sains. Haa dia macam pusat laa. 

Untuk belajar, kita akan guna dewan kuliah dan bilik tutorial. Dewan kuliah macam kelas besar, ada kerusi dan meja lipat-lipat tu haa. Bilik tutorial pulak bilik kecil macam kelas kat sekolah tuu. Macam Iman, Iman kuliah KTS2 dan tutorial TTS8. Jadi, sampai habis sem la kita dalam kumpulan ni. Dalam kuliah biasanya kita akan belajar, maksudnya belajar ikut bab dalam sukatan. Dalam tutorial, biasanya kita akan buat latihan atau soalan-soalan dan perbincangan berkaitan apa yang kita belajar semasa kuliah. Faham tak?πŸ‘€

Macam mana rupa Pusat Tamhidi ni? Haa meh sini nak tunjuk,
                                          

Di Pusat Tamhidi ni ada kemudahan seperti kafe dan surau. Jangan risau, harga makanan di kafe tamhidi ni bagi Iman, cukup berpatutan. Iman selalu beli nasi + lauk dengan harga RM4. Kira ok laa.

JADUAL

Tempoh tamhidi atau asasi ni, adalah 1 tahun bersamaan dengan dua semester. Untuk jadual, kelas biasanya akan bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir selewat 5.30 petang. Ini kira range masa kelas laa. Sebenarnya, ikut la jadual kelas kita macam mana. Ada je hari yang tak mula kelas 8.30 pagi. Untuk hari jumaat, biasanya kelas akan berakhir jam 12.30 tengahari. Tetapi, kebiasaanya, kelas memang padat. Habis satu kelas, terus pergi kelas lain. Di tamhidi, tak sama macam di sekolah, yang kita hanya duduk je dalam kelas. Kita perlu sentiasa tukar-tukar kelas. Tu yang penat tuπŸ˜‚ Jangan risau, sabtu ahad dan malam biasanya tiada kelas, rehat jerr.

KOLEJ KEDIAMAN

Di USIM, ada banyak kolej kediaman. Antaranya, Kolej Kediaman 1 (KK1). Semasa tamhidi batch Iman iaitu batch 2019/2020, kami tinggal di KK1 iaitu satu-satunya kolej kediaman yang terletak di dalam kampus USIM. Kiranya, kolej kediaman lain masih terletak di sekitar bandar Nilai tetapi bukan dalam kampus.

sumber: google image

Di KK1, terdapat lima blok kediaman. Setiap blok ada empat aras. Satu bilik akan menempatkan empat orang pelajar. Di KK1, pakai katil dua tingkat. Jadi, ada dua katil dua tingkat dalam satu bilik. Ada juga loker baju dan meja belajar. Bagi Iman, bilik tu tak besar sangat la. Tapi, ok je hehe. Nampak tak bangunan dekat tengah-tengah tu, di situ la terdapatnya kafe, koperasi, pejabat pengurusan KK1 dan ada surau juga. Kemudahan seperti mesin ATM juga ada tauu.

Kafe KK1 bagi Iman, makanan dia sedap dan murah. Best gilaa sebab harga dia berpatutan. Nasi + lauk baru RM3.50 tau. Bagus sangat untuk orang yang nak berjimat ni. Koperasi pun ada. Jadi sesiapa yang dah kehabisan stok makanan, barangan mandi atau alat tulis boleh beli di sini jee. Kalau pergi koperasi ni, Iman biasa beli roti😁

Tinggal di KK1, kalau kita nak pergi kelas, tapi tiada bas atau tertinggal bas, boleh je nak jalan kaki. Iman dan kawan-kawan Iman pun biasa jalan kaki balik ke KK1 dari tamhidi. Kemudahan sekitar seperti dekat dengan Kompleks Islam USIM, Pusat Kesihatan USIM, Dewan Canselor dan Pusat Sukan. Boleh jalan kaki jee sebab dekat.

*Tapi tak silap untuk kemasukan tamhidi yang terbaru ni, mereka tinggal di Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC), iaitu kolej kediaman paling jauh dari kampus. Iman tak pernah duduk di KKNC, jadi Iman tak boleh nak cerita hehe*

PENGANGKUTAN

Macam Iman ada tulis tadi tentang bas. Ye kita boleh naik bas untuk pergi dan pulang ke Pusat Tamhidi dan KK1. Tapi bas ni dia ada masa-masa dia tau yang mana kita kena cakna laa. Takut tertinggal bas pulak kan. Macam mana kalau tertinggal bas?

Selain bas, kita boleh juga guna perkhidmatan prebet. Prebet ni macam Grab, tapi dalam kalangan warga USIM sahaja. Prebet ni kena bayar la. Tapi, harga dia ok je, kira harga student gituu.

INFO LANJUT

Untuk tahu lebih mendalam tentang kursus di tamhidi, sebab untuk kemasukan terbaru ni, kursus untuk tamhidi sains ada perubahan. Ada dua je kursus tamhidi sains daripada tiga sebelum ni. Boleh rujuk di sini tauu πŸ‘‰ https://tamhidi.usim.edu.my/ ni tamhidi punya laman web. Boleh jugak cari maklumat atau pengalaman pelajar lain di blog-blog lain okiee
.
.
.
Macam banyak pulak cerita tentang Tamhidi ni. Iman dah tak tahu nak kongsi apa lagiπŸ˜… Korang boleh komen di bawah, korang nak tahu tentang apa lagi ok! Mungkin akan ada bahagian 2 untuk cerita tentang tamhidi ni. Apa-apa pun, sesiapa yang ada baca post ni, semoga berjaya dalam hidup. Mungkin korang tengah survey survey gituu atau memang mengimpikan untuk masuk tamhidi, jadi goodluck semua!✊ Stay safe :) 
.
.
.
.
ImanPooh☆


Nota kaki: Kredit semua gambar daripada Google hehe

PENGALAMAN UJIAN BERTULIS UKCG

Image result for ujian bertulis ipg



p/s: apa yang saya tulis ni adalah untuk tahun saya (2019), jadi sebarang ketidaksamaan dengan korang punya cara pemilihan bagi tahun korang mungkin tak sama. Boleh berubah. Maybe. I dont know. Boleh guna sebagai gambaran hari kejadian.


Ok. Hai hai hai.
Kepada kalian yang ingin menjadi guru, cikgu, teacher, Ω…ΨΉΩ„Ω…...haaa huhu...banyak sebenarnya cara dia dan...salah satu mediumnya adalah melalui Institut Pengajian Guru (IPG). Tapii, huhu nak masuk sini bukan masuk sekadar masuk, mohon sekadar  mohon...tapi ada la dia punya peringkat saringan dia. Haaaa...kena bersainglah maksudnya. Jadi, di sini saja lah nak kongsi. Hew hew. IPG ni khusus untuk jadi cikgu sekolah rendah je tau. Untuk yang mohon boleh semak korang dapat tawaran atau tak dekat web dia.

Jadi, first and foremost,

Saya ingin memceritakan pengalaman saya pergi ke UJIAN BERTULIS UKCG ambilan 2019. Jadi, macam mana suasana dia?
nak buat apa kat situ?
apa bentuk soalan dia?

Haaa...macam saya, saya buat UJIAN BERTULIS UKCG ni di IPGK Pendidikan Islam Bangi pada 9/4/2019 sesi ke-2 pukul 9.45 pagi hingga 10.30 pagi hari selasa. Macam mana nak tahu bila kita buat ujian ni? Masa korang semak tawaran dapat ke tak dekat web dia tu, nanti dia akan bagitahu la kat tawaran tu bila. Haaa ok. Jadi, dah tahu tarikh dan hari, kita pun prepare la apa yang patut. Cuba cari soalan yang berkaitan dekat internet, tanya kawan, senior, baca blog. Prepare awal-awal baju apa nak pakai, kasut apa, apa-apa yang perlu cetak, perlu bawak (etc ic dan sijil lahir). Jangan tertinggal barang. Contoh, pensel, pemadam, pen dll. Biasanya pakaian untuk ujian bertulis ni pakaian formal. Lelaki, kemeja dan seluar slack, perempuan, baju kurung atau pakaian yang sopan la. Nanti dia akan beritahu dress code macam mana dekat surat tawaran kita tu. Haa pakai macam tu.

Jadi, hari kejadian kita tak kalut. Ok. Macam mana suasana dia? Hmm. Sebab saya sesi ke-2, saya masuk je pintu pagar kampus tu, serius banyak gila kereta. Full! So, cari la parking. Nasib ada lagi. Saya datang dengan my mother. Muahhh. Hihi. Ok. Turun dari kereta, kita pun pergi la ke tempat pendaftaran dekat koridor luar dewan. Serius ramai gila orang (calon n parents). Sebelum daftar, ada pensyarah tu suruh semak nama dekat senarai yang dia tampal dan lepas tu baru daftar. Beratur la panjang-panjang untuk daftar. Masa daftar ni kena tunjuk surat tawaran kita, ic, slip kemasukan. Haa. Jangan tak bawak pulak. Lepas tu, tunggulah sampai pensyarah tu panggil untuk sesi kita. Kita kena datang awal untuk ujian ni atau apa-apa temuduga la supaya tak kalut.

Then, pensyarah pun panggil untuk sesi ke-2. Saya pun masuk la ke dewan A. Ada dewan A dan dewan B. Ni, masa saya punya ujian la. Korang jangan salah masuk dewan pulak. Ok. Beg letak kat mana? Pensyarah yang jaga kami tu suruh letak beg kat belakang dewan. Hanya bawak ic, slip kemasukan, surat tawaran, pensel dan pemadam sahaja! Dewan dia macam dewan kuliah. Masa jawab adalah 45 minit sahaja. Ada dua bahagian. Bahagian A (30 minit) dan bahagian B (15 minit). Bahagian A merangkumi 120 soalan dengan pilihan jawapan A dan B manakala bahagian B merangkumi 60 soalan dengan empat pilihan jawapan. Ni format untuk tahun saya la. Jadi, jawab lah elok-elok dengan setulus hati, jujur dengan niat untuk menjadi guru. Ye. Jangan jadi macam saya.

Tips nak jawab, tajam kan la pensel 2B korang tu setajam-tajamnya supaya senang nak hitamkan nanti. Huhu. Jangan jadi macam saya, lama weh nak hitamkan sampai terkeluar-keluar kotak kecik tu. Kedua, jawab secara spontan je apa yang korang rasa. Sebab masa pun singkat. Payah la nak fikir mendalam sangat. Haaa. Dah habis tu, boleh la balik, pulang ke rumah. Dan selesai la. Kita doa dan tawakkal saja la. Moga-moga korang berjaya untuk ke tawaran seterusnya~!

Tahun saya, ujian bertulis dulu, lepas tu kalau lepas ujian bertulis baru dia panggil untuk ujian fizikal dan temuduga yang diadakan pada hari yang sama. Lepas tu, ada rezeki lepas, baru dipanggil untuk kemasukan ipg :) Goodluck!

p/s: jangan tanya! sebab saya tak tahu sangat. hihi. Sorry kalau ada info yang salah ye. Ini hanyalah pengalaman saya. kbye.

Travelblog: Ada apa di LABUAN?

Image result for labuan


Tinggi tinggi gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu

Umm..huhu..tak tau orang tulis blog macam mana tapi nak share jugak..sebab..Sabah best gilaaa. Srs talk. Korang yang tak pergi lagi boleh la pergi kalau ada kesempatan. Kita semua tahu yang Sabah Sarawak memang famous dengan pelancong sebab tarikan yang diorang ada. Memang best!

So, saya pergi lima hari empat malam kat Sabah and Labuan. Satu family kitorang gerak dengan family mak long lima orang. So, total kitorang 10 orang la. Proceed, ...

Hari pertama, gerak dari rumah pukul 3 pagi sebab flight pukul 6.45 pagi. Kitorang pergi KLIA2 naik kereta and park kereta dekat MovenPick TH. Sampai dekat KLIA2 lepas tu check-in, duduk2, makan, solat and then naik la flight. Kitorang naik flight ke Labuan. Kenapa Labuan? Sebab ayah kata flight ke Labuan murah sikit. Huhu..nak jimat. Alaa Labuan dengan Sabah kan macam dekat je, so why not? Sampai Labuan dalam pukul 10.30 pagi cam tu la. Lepas tu, kitorang tempah dua kereta sewa untuk sehari setengah. Kitorang menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Labuan. Rumah tu srs besar gilaa. Sebelum check-in rumah, kitorang pergi la makan dekat bandar dia. Susah jugak nak cari makan sebab kena tengok makanan dia okay ke tak. Lepas tu, memandangkan hari tu hari jumaat, kaum lelaki pun pergi la solat jumaat dekat masjid bandar tu. Nama masjid tu masjid An-Nur. Kaum hawa pulak pergi la shopping and beli barang dapur dekat satu tempat ni, nama dia Ujana Kewangan. Ada Giant, ada banyak kedai kecik2 dalam bangunan. Ada kedai coklat free duty jugak. Tapi kena tengok jugak sbb kebanyakan coklat tu takde tanda halal. Habis beli barang, kitorang gerak balik rumah penginapan dekat dengan tempat tentera yang ada dlm cerita Paskal tu. Kitorang pun buatla house tour kat rumah tu, hahahaha sebab besar do srs. Petang tu, kitorang jalan2 dekat sekitar situ la, kitorang pergi Muzium Chimney, tarikan di Labuan. Tempat tu srs lawa kalau nak amik gambar. Boleh la pergi. Dekat dengan kem tentera tu ada War Memorial Cemetary. Boleh pergi jugak. Tu jela tempat yang kitorang pergi utk first day. Malam kitorang rest2 je and makan! 


Image result for masjid labuan
Masjid An-Nur. Bentuk dia macam peluru.
Related image
Labuan War Memorial Cemetary. Tempat ni besar.



Image result for chimney labuan
Muzium Chimney. Lawa kan.
Image result for ujana kewangan labuan
Ujana Kewangan. Ada banyak kedai boleh shopping.

Huhu..ni baru first day. Dah penat dah nak tulis. Ok la nanti kita sambung yee. Untuk yang nak melawat Labuan, di atas ni antara tarikan yang boleh pergi. Ada banyak lagi sebenarnya. Korang check la kat mana2 laman web. Sampai airport Labuan korang boleh amik brochure dia. Ada peta sekali beb. Boleh pergi. 

p/s : credit gambar-gambar to this website,

PerbadananLabuan





FINALLY, I'M DONE!!!

Yaaaa. Apa yang done tu.
Huhu.. yeee saya baru habis SPM!!! Tak sangka, srs. Apa nak buat eh lepas SPM ni?


Ok bye.

p/s : cuma nak bagitahu yang SPM susah, so buat la betul-betul, study betul-betul, jangan study last minute...kalau tak nak menyesal.
.
.
#SPM2018